Proses bersalin dan proses kelahiran adalah suatu proses yang tidak dapat dijangka, jadi penting untuk mempersiapkan semua keperluan lebih awal. Senarai semak/Checklist ini membantu memastikan pengalaman bersalin anda lebih lancar dan terurus, di mana sahaja anda memilih untuk bersalin.
Untuk Ibu:
1. Keperluan Ketika Bersalin:
- Sebelum ke hospital, pastikan pakai pakaian yang selesa dan mudah ditukar
- Stokin hangat (jika bilik bersalin sejuk)
- Cermin mata/kanta lekap (jika diperlukan)
- Pelan kelahiran peribadi (jika ada)
- Pelembap bibir
2. Melegakan Ketidakselesaan:
- Minyak atau losen urut
- Pek panas atau pek sejuk
- Muzik santai atau playlist yang menenangkan (jika dibenarkan di hospital)
Untuk Pasangan:
- Pakaian selesa dan selipar
- Snek dan air Aducktive Snack
- Telefon, pengecas, dan kamera (jika ingin mengambil gambar/video).
- Senarai nombor kecemasan dan maklumat hospital.
Untuk Bayi:
- Pakaian pertama bayi (romper, stokin, sarung tangan, topi)
- Selimut atau bedung
- Lampin dan tisu basah (bawa lebih sebagai persediaan)
- Losen bayi atau krim untuk kulit sensitif
Penafian: Kandungan ini hanya untuk tujuan makluman dan tidak sepatutnya menggantikan nasihat perubatan profesional. Sila rujuk doktor untuk sebarang persoalan atau kebimbangan.