Senarai Semak Barang yang Perlu Disediakan Sebelum Bersalin

Menyediakan keperluan lebih awal sebelum kelahiran bayi adalah penting untuk memastikan pengalaman bersalin yang lancar. Anda juga dapat menikmati pengalaman yang lebih tenang dan tanpa stress. Senarai semak/Checklist ini akan membantu anda mengatur barang-barang penting yang perlu dibawa sebelum ke hospital.

Sebelum Bersalin

Untuk Ibu:

1. Beg Bersalin:

  • Pakaian bersalin yang selesa (pakaian longgar & hijab mudah sarung bagi muslim)
  • Bra menyusu dan pad payudara
  • Tuala wanita selepas bersalin (untuk pendarahan selepas bersalin)
  • Seluar dalam yang selesa (sebaiknya pakai buang)
  • Alat mandian (berus gigi, ubat gigi, syampu, sabun, pelembap bibir, dll.)
  • Selipar dan stokin
  • Tuala
  • Sikat rambut dan pengikat rambut
  • Botol air atau tumbler
  • Snek (berkhasiat dan memberi tenaga) Dasto Protein Bar

2. Dokumen:

  • Kad pengenalan (MyKad) atau passport
  • Sijil perkahwinan (jika diperlukan oleh hospital tertentu)
  • Buku Rekod Kesihatan Ibu (buku merah jambu) yang dikeluarkan oleh KKM
  • Dokumen insurans (jika ada)
  • Surat kemasukan (jika telah mendaftar di hospital)

3. Barang Lain:

  • Bantal bersalin atau bantal sokongan belakang.
  • Alat relaksasi (contoh: bola tekanan, minyak pati).
  • Telefon dan pengecas/power bank.

Penafian: Kandungan ini hanya untuk tujuan makluman dan tidak sepatutnya menggantikan nasihat perubatan profesional. Sila rujuk doktor untuk sebarang persoalan atau kebimbangan.