Selepas bersalin, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan penjagaan serta perhatian yang menyeluruh. Senarai semak ini memberi tumpuan kepada keperluan yang mungkin anda perlukan untuk pemulihan tubuh dan emosi selepas bersalin serta penjagaan bayi baru lahir, membantu anda menyesuaikan diri dengan lancar dalam fasa baru ini.
Tempoh selepas bersalin adalah perubahan yang besar, dan persediaan awal boleh memudahkan proses ini, membolehkan anda memberi tumpuan kepada membina bonding dengan bayi anda serta pemulihan diri.
Daripada keperluan penjagaan diri hingga produk untuk bayi, panduan ini membantu memastikan anda memiliki segala yang diperlukan untuk pemulihan yang selamat, selesa, dan tanpa tekanan. Perancangan awal bukan sahaja memberikan ketenangan fikiran tetapi juga menyokong kesejahteraan ibu dan bayi semasa tempoh penting ini.
Untuk Ibu:
1. Keperluan Penjagaan Selepas Bersalin:
- Tuala wanita bersalin (untuk aliran darah yang banyak selepas bersalin)
- Seluar dalam pakai buang atau seluar dalam gelap
- Bra menyusu dan pad payudara
- Pakaian selesa (longgar dan mesra penyusuan)
- Mandian sitz (sitz bath) atau semburan penjagaan bersalin (untuk penjagaan perineum)
2. Keperluan Penyusuan:
- Pam susu (manual/elektrik) Pam Susu Numom Pam Susu Beeson
- Krim puting susu
- Bantal menyusu
3. Keperluan Pemakanan:
- Minuman herba (contoh: teh kurma merah atau air confinement) supercube
- Snek berkhasiat dan makanan berpantang snacks
4. Lain-Lain:
- Ubat tahan sakit (seperti yang disarankan oleh doktor)
- Suplemen kesihatan (seperti yang dinasihatkan oleh doktor)
Untuk Bayi:
- Lampin dan tisu basah Pilloo diapers & wet wipes
- Pakaian bayi (romper mudah dipakai, sarung tangan, stokin)
- Selimut bayi
- Alat mandian bayi (sabun lembut, syampu, losen)
- Botol susu dan susu formula (jika tidak menyusu badan sepenuhnya) Botol Beeson
Untuk Persediaan di Rumah:
1. Bilik Bayi:
- Katil bayi/buaian dengan tilam dan cadar yang sesuai
- Kelambu (jika diperlukan)
- Monitor bayi (pilihan)
2. Keperluan Penyusuan:
- Alat steril untuk botol susu
- Berus botol
- Cecair pencuci botol
3. Keperluan Mandi:
- Tab mandi bayi
- Tuala bayi /Tuala bayi (hooded)
4. Keperluan Perjalanan:
- Car seat (wajib untuk perjalanan)
- Beg lampin (dengan ruang untuk keperluan)
5. Keperluan Cucian:
- Detergen mesra bayi
Tips: Sudahkah anda menempah urutan selepas bersalin atau pes makanan berpantang?
Tempah Urutan Selepas Bersalin Disini
Penafian: Kandungan ini hanya untuk tujuan makluman dan tidak sepatutnya menggantikan nasihat perubatan profesional. Sila rujuk doktor untuk sebarang persoalan atau kebimbangan.